Thursday, 25 July 2013

Tukang besi tradisional

Semasa saya memulakan tulisan ini saya baru saja balik dari kedai Mamak minum teh tarik kurang manis. Maklumlah siang hari tiada masa hendak duduk kedai Mamak sambil minum, sekali-sekali minum macam best pula..

Kalau sebelum ini Putera Kudat berkongsi beberapa tulisan berkenaan kenali Kudat, kali ini Putera Kudat ingin berkongsi satu aktiviti tradisi yang semakin dilupakan oleh generasi muda amnya generasi muda Kudat.

Pernahkah anda melihat 'parang' atau pernahkah anda menggunakan parang..? Parang merupakan salah satu alat pemotong. Parang yang Putera Kudat maksudkan ini memiliki keistimewaanya dari segi cara penghasilannya. Kalau selama ini ada berpendapat bahawa parang dihasilkan secara pemesinan, itu adalah benar tetapi jauh lebih mendahului proses penghasilan parang ini adalah secara manual. Oleh itu Putera Kudat berasa beruntung kerana dapat dan sempat menyaksikan penghasilan parang ini secara manual. Yang amat menghairankan Putera Kudat ialah semasa penghasilan parang ini, langsung tidak menggunakan sebarang alat pengukuran mekanikal seperti caliper dan banyak lagi. Ianya dihasilkan secara klasik melalui deria penglihatan dan anggaran semata-mata sahaja. Dan yang amat mengkagumkan Putera Kudat adalah hasil klasik ini boleh ''menyebabkan sehelai daun lalang dipotong tanpa bergerak namun sebenarnya telah terputus dua''...